Ketegangan Memuncak, Senat Amerika Syarikat Sekat Firma China Dari Bursa AS!

534

Semalam, Senat Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang yang menghalang beberapa buah syarikat China daripada menyenaraikan saham mereka di Bursa Amerika Syarikat, Namun undang-undang tersebut dikecualikan kepada syarikat yang patuh dengan piawaian audit dan peraturan negara berkenaan.

Penggubalan undang-undang itu dikendalikan oleh Senator Republik John Kennedy dan Senator Demokrat Chris Van Hollen serta diluluskan dengan persetujuan sebulat suara. Akan tetapi, ianya perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat dan ditandatangani oleh Presiden Donald Trump sebelum digunapakai secara rasmi.

Undang-undang yang dikenali sebagai Holding Foreign Companies Accountable Act akan dikuatkuasakan kepada mana-mana syarikat yang gagal mematuhi mematuhi audit Lembaga Pengawasan Perakaunan Syarikat Awam AS selama 3 tahun berturut-turut. Selain itu, syarikat awam perlu mendedahkan sama ada syarikat itu dimiliki atau dikendalikan oleh pemerintah asing. Hal ini demikian kerana ianya dikuatkuasakan kepada semua perusahaan asing.

Namun begitu, sebuah laporan mendedahkan bahawa undang-undang tersebut ditujukan khusus buat China yang didorongkan oleh kritikan hebat Trump terhadap Beijing yang didakwa menjadi punca kepada penularan wabak coronavirus bahkan presiden itu menggelar China sebagai penipu. Selain itu, China didakwa mengabaikan standard piawaian Amerika Syarikat dan menipu para pelabur.

Walau bagaimanapun, Beijing menafikan dakwaan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat