Ketegangan Perdagangan AS-Eropah Semakin Meningkat? AS Ingin Kenakan Tarif Baru Ke Atas Produk Eropah?

456

Pada hari ini, dilaporkan bahawa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan berjumlah $3.1 bilion keatas barangan dari United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Sepanyol. Langkah ini dilihat dapat memburukkan lagi ketegangan perdagangan antara beberapa pihak.

Dalam sebuah dokumen yang dikeluarkan pada hari ini waktu Malaysia sebagaimana dilaporkan oleh Bloomberg, Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat mengatakan bahawa pihak AS sedang mengkaji kemungkinan peningkatan tarif sehingga 100% bagi produk dari UK, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Barang yang dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam “daftar tambahan” ialah termasuk zaitun, kopi, coklat, arak, beberapa jenis trak dan mesin. Langkah ini adalah sebahagian daripada reaksi yang dari Amerika Syarikat berkaitan dengan sengketa lama dengan Kesatuan Eropah mengenai subsidi kepada pengeluar pesawat awam.

Organisasi Perdagangan Dunia memutuskan pada bulan Oktober lalu bahawa Jerman, Perancis, Sepanyol dan UK kerana memberikan subsidi secara tidak sah kepada pengeluar pesawat Airbus dan dalam membenarkan A.S mengenakan duti sebanyak $7.5 bilion. Walaubagaimanapun, pada bulan Eropah EU masih meneruskan tindakan ini dan WTO telah memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada AS untuk mengenakan cukai baru ke atas produk Eropah.

Setakat ini belum ada apa-apa ulasan dari Suruhanjaya Eropah dan kerajaan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat