Keterujaan Kripto Jenis Meme Berakhir? Shiba Inu Dan Floki Jatuh Menjunam Lebih 50%!

3,361

Sepertimana semua komuniti kripto telah sedia maklum bahawa hampir sukar untuk menolak kenyataan bahawa kripto meme telah menjadi sebahagian besar daripada pasaran aset kripto. Ia seolah-olah dilihat menjadi alat utama untuk terjun ke dunia kripto bagi pelabur runcit.

Lonjakan harga BTC yang bermula pada bulan Oktober telah mendorong aset kripto lain untuk ikut sama. Antara yang mendapat manfaat yang besar ialah kripto jenis meme. Pada bulan Oktober, harga Shiba Inu telah melonjak lebih daripada 1000% dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa sekitar $0.00008616 (berdasarkan CoinGecko). Turut mengikuti jejak itu ialah kripto meme Floki Inu.

Shiba Inu (SHIB) tampil menjadi peneraju pasaran dalam jenis memecoin sejak sebulan lalu, merampas takhta Dogecoin (DOGE).Walaupun DOGE memiliki nilai pasaran yang lebih tinggi namun ia tidak mengugat Shiba Inu.

Walau bagaimanapun, beberapa minggu kebelakangan ini, pelabur meme berhadapan dengan cabaran apabila kenyakkan kripto meme turun 50% atau lebih daripada paras tertinggi sepanjang masa yang dicapai baru-baru ini.

Shiba Inu yang tampil gemilang dan bersinar untuk beberapa minggu telah kehilangan harga lebih 50%. Keterujaan yang dizahirkan terhadap kripto meme mulai pudar dan terus pudar dengan pantas.

Floki Inu (FLOKI) – token yang dinamakan sempena anjing perliharaan Elon Musk – turun 51.7% sejak capai paras tertinggi sepanjang masa. Baby Doge (BABYDOGE) turun 46.6% dari harga kemuncak. Dogelon Mars (ELON) turun 32% sejak capai harga kemuncak pada 30 Oktober.

Kebanyakkan meme coin mengalami situasi pump and dump. Keuntungan hilang secepat ia hadir. Justeru sebilangan pelabur mengambil langkah alternatif iaitu jika terdapat suntikan dana dan harga terus melonjak maka mereka akan mencari peluang baru dari terjebak risiko yang besar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat