Keterujaan Pasaran Tidak Menggalakkan Menjelang Akhir Tahun! Ini Apa Yang Berlaku Pada Pasaran Saham

678

Indeks Bursa saham hadapan yang berkaitan dengan indeks utama Wall Street menunjukkan prestasi yang mendatar pada hari Rabu setelah bursa S&P 500 naik mendekati rekod tertingginya pada sesi sebelumnya berikutan harapan bahwa Federal Reserve akan mengurangka suku bunga seawal bulan Mac.

Jumlah perdagangan pra-pasaran dilihat rendah, dengan kebanyakan para trader sedang menikmati cuti tahun baru dan kurangnya petunjuk yang kuat, kecuali data tuntutan pengangguran mingguan yang dijangka keluar pada hari Khamis.

Momentum kenaikan lapan minggu berturu-turut dalam indeks utama menjadi lebih rancak dua minggu yang lalu setelah Fed menunjukkan bibit akhir  kenaikan suku bunga dan membuka peluang untuk pengurangan suku bunga pada tahun 2024.

“Saham kelihatan akan mengakhiri tahun ini dalam keadaan yang kukuh kerana naratif disinfalsi terus menyokong momentum kenaikan dalam aset risiko global,” kata Raffi Boyadjian, penganalis pelaburan.

Pasaran melanjutkan momentum kenaikan pada hari Selasa dalam perdagangan yang kurang bergelora dengan indeks utama berhampiran penutupan tertingginya sejak Januari 2022.

Penutupan di atas paras 4,796.56 akan mengesahkan S&P 500 berada dalam trend menaik sejak menyentuh titik terendah pasaran momentum menurun , yakni titik terendah penutupan yang dicapai pada Oktober 2022.

Setakat ini indeks Dow saham hadapan tidak berubah, S&P 500 hadapan pula turun 1 mata, atau 0.02%, dan Nasdaq 100 hadapan turun 0.75 mata.

Di antara pergerakan individu, saham Bit Digital naik 9.3% dalam perdagangan pra-pasaran karena penambang bitcoin di AS tersebut berencana untuk menggandakan operasi mining mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat