Ketidaktentuan Ekonomi yang Mendominasi Pasaran Bakal Memberi Kesan Kepada Prospek Pertumbuhan Malaysia

125

Prospek kejatuhan nilai Ringgit membelenggu pasaran matawang di Malaysia dan ramalan pertumbuhan ekonomi masih menjadi tanda tanya, sama ada meningkat, atau jatuh di bawah kadar semasa.

Menurut Pong Teng Siew iaitu Ketua Penyelidikan InterPacific Securities, kadar dalam negara kasar di Malaysia boleh melonjak setinggi 4.5 peratus jika harga minyak sawit berterusan menunjukkan peningkatan.

Angka pertumbuhan eksport juga diharap bakal meningkat gara-gara prospek pertumbuhan AS ekoran dasar ekonomi yang dibawa oleh Trump.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital iaitu Danny Wong, turut mengharapkan peningkatan terhadap pertumbuhan ekonomi seiring dengan peningkatan perbelanjaan domestik.

Sentimen pasaran pada tahun ini dinilai berhati-hati kerana Ringgit yang masih dinilai lemah dan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi.

Hal ini juga akan menyebabkan pengguna mengurangkan jumlah perbelanjaan kerana pertumbuhan pendapatan masih ditahap sederhana.

Dari aspek pelaburan swasta, ia dijangka bakal berkembang pada tahap tidak sekata tahun ini kerana pelabur lebih mengambil pendekatan berhati-hati dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Pertumbuhan KDNK masih disasarkan pada kadar yang hampir sama pada tahun 2016. Tahun ini dijangka akan lebih mencabar buat ekonomi tempatan setelah bekembang pada kadar perlahan dalam tempoh 2 tahun.

Analisa Teknikal Mingguan 2-6 Januari 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat