Ketidaktentuan Pasaran Buatkan Bursa Dibuka Lemah Pada Penghujung Minggu

134

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 25.41 mata pada 1,447.36 daripada penutupan hari Khamis pada 1,472.77.

Indeks dibuka lemah 11.84 mata pada 1,460.93.

Bursa memulakan dagangan hujung minggu di wilayah merah selepas menjejaki kerugian semalaman Wall Street apabila pelabur kekal berhati-hati terhadap prospek ekonomi global semasa berlaku ketidaktentuan pasaran.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 466 mengatasi kaunter untung pada 49, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 1,564 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 387.81 juta unit bernilai RM134.35 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn, Thong Pak Leng menyatakan pelabur masih bimbang akan pendekatan agresif Federal Reserve (Fed) dalam mengawal kemelesetan ekonomi.

Ekoran itu, KLCI dijangka berada di paras 1,460 ke 1,470 berdasarkan ketidaktentuan pasaran dengan sesi penjualan di Wall Street terhadap beberapa sektor.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) hilang 7 sen pada RM8.65, Public Bank Bhd turun 5 sen pada RM4.50, Petronas Chemicals Group Bhd kuncup 15 sen pada RM9.48, IHH Healthcare Bhd susut 13 sen pada RM6.21 dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 7 sen pada RM4.95.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd dan TWL Holdings Bhd kekal 5 sen dan 7 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) hilang 2.5 sen pada 81.5 sen dan Bintai Kinden Corp Bhd turun 1 sen pada 9 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menjatuh 159.19 mata pada 10,335.40, indeks FBM Emas Shariah menurun 201.16 mata pada 10,462.47, FBM 70 menghilang 142.09 mata pada 12,498.05, FBM ACE menguncup 57.94 mata pada 4,756.80 dan indeks FBMT 100 menyusut 162.09 mata pada 10,065.13.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan melemah 152.98 mata pada 16,206.29, indeks Perladangan menyusut 156.98 mata pada 7,161.09 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan merosot 3.31 mata pada 185.51.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat