Ketidaktentuan Politik, Euro Melemah Dan NZD/USD Jatuh Sehingga 80 Pips

58

Matawang euro jatuh di awal sesi pasaran Asia hari Isnin selepas keputusan terkini pilihan raya Jerman menunjukkan sokongan yang meningkat pada parti lawan, memaksa Canselor Angela Merkel daripada parti CDU membentuk satu kerajaan gabungan.

Euro didagang rendah berbanding dolar, dengan EUR/USD susut 0.23 peratus kepada $1.1930 pada 11.00 pagi, dan dijangka akan turun ke paras support sekitar $1.1860 berikutan kecairan yang tinggi dalam sesi pasaran hari ini.

Merkel berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan semalam, namun terpaksa membentuk satu kerajaan gabungan berikutan parti CDU tidak mendapat kemenangan kerusi majoriti selepas parti alternatif baru AfD berjaya menarik sebahagian sokongan.

Strategis makro global daripada RBC Europe di London, Peter Schaffrik berkata, “Antara perkara penting yang diumumkan sejurus pilhan raya adalah parti lawan SPD mengumumkan kesediaan mereka menyertai parti lawan selepas ujuran mereka jatuh ke paras 20.7 peratus.”

“Dengan penguduran SPD daripada gabungan terbesar, kami berpendapat bahawa pilihan yang paling realisitik adalah gabungan antara parti CDU, FDP dan Greens” tambah beliau.

Ketidaktentuan politik di New Zeland juga menyebabkan nilai kiwi jatuh hari ini apabila tiada parti yang memenangai pilihan raya dengan keputusan majoriti. NZD/USD jatuh 70 pip atau 1.12% kepada 0.7259.

Parti Nasional berjaya memenangi undian tertinggi pada pilihan raya kali ini, namun tiada parti yang berjaya mendapat bilangan majoriti di parlimen, memaksa gabungan dilakukan yang mungkin diumumkan minggu ini.

Yen lemah berbanding dolar dengan USD/JPY jatuh 0.28% kepada 112.30. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka akan melangsungkan pilihan raya lebih awal bermula seawal 22 Oktober bagi mengambil peluang momentum pilihan pengundi yang masih memihak kepada parti demokratik liberal (LDP), parti pemerintah.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat