Ketidaktentuan Politik Itali Bebankan Dolar Euro, Sementara Pound Pamer Pengukuhan

379

Awal dagangan sesi pasaran Eropah menyaksikan Pound Sterling menunjukkan kenaikan dipercayai didorong oleh komen positif oleh ahli Parlimen Parti Buruh, Keir Starmer.

Starmer menyatakan bahawa peraturan perlu disediakan untuk menhentikan Brexit tanpa perjanjian. Beliau yang turut melihat beberapa kalangan dalam parti Buruh yang mengharapkan lanjutan Artikel 50 dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi no-deal Brexit.

Sementara di Itali turut menjadi tumpuan dengan ketidaktentuan politik yang masih melanda. Parti Bintang Lima (Five Star) dan Parti Demokrasi (Democratic) semakin hampir untuk membentuk gabungan baru pada penghujung minggu ini namun mereka dilihat tidak mampu untuk mencapai persetujuan untuk calon pemimpin gabungan tersebut.

Jika para pemimpin parti tidak mencapai persetujuan pada pertengahan minggu ini, Presiden Itali Sergio Mattarella mengatakan bahawa beliau akan membubarkan parlimen dan akan mencetuskan pilihanraya semula.

Ketidaktentuan politik di Itali serta kemerosotan pada ekonomi Jerman sebagai ekonomi terbesar di zon Eropah akan terus membebankan dagangan dolar Euro dalam waktu terdekat ini.

Sementara matawang utama dolar Amerika Syarikat akan dipengaruhi oleh data keyakinan pengguna yang akan diterbitkan pada sesi dagangan New York malam nanti.

Matawang safe-haven Yen dan Swiss franc bakal menjadi tumpuan pasaran kembali jika perkembangan rundingan dagang kembali mencetuskan kebimbangan terhadap para pelabur.

Begitu juga dagangan komoditi termasuk minyak mentah dan emas yang turut sensitif terhadap perubahan pada sentimen dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat