Ketika Bitcoin Menuju $20K, Apa Agaknya Berlaku Kepada XRP, ETH Dan Altcoin Lain?

578

Bitcoin (BTC) terus melonjak dan semalam, aset Satoshi Nakamoto itu berjaya menembusi $19,000 membawa khabar gembira buat pelabur BTC.

Ekoran daripada lonjakan ini, penganalisis mengandaikan kebarangkalian yang mungkin terjadi terhadap aset Ripple (XRP), Ethereum (ETH) dan beberapa altcoin utama ketika Bitcoin menghampiri $20,000.

Penembusan Bitcoin melepasi $19,000 turut menunjukkan sedikit rintangan di atasnya sebelum tahap tertinggi sepanjang masa (all-time) baru ditetapkan.

Menurut penganalisis, ketika permodalan pasaran BTC menghampiri puncaknya, kebanyakan altcoin mula melonjak dan menjadi parabolic sama seperti Bitcoin sejak beberapa minggu lalu.

Seperti Ripple melonjak lebih 200%, membawa nilainya tiga kali ganda. Manakala Ethereum, Litecoin (LTC), Cardano (ADA) dan beberapa altcoin utama sejak gelembung (bubble) terakhir, sekali lagi akan bubble.

Ketika ini pelabur lebih selesa menfokuskan pelaburan ke atas altcoins murah yang pernah mengatasi BTC.

Seperti Ripple mengaut keuntungan lebih tinggi dalam masa dua minggu berbanding Bitcoin yang cuma 150% year-to-date (YTD). Ethereum melonjak 350% YTD, dengan altcoins lain yang turut menunjukkan lonjakan.

Berdasarkan kitaran pasaran yang lalu, tidak mustahil kitaran pasaran kripto terbaru kini sedang bermula. Penganalisis menjangkakan selepas Bitcoin mencapai kemuncak baru, permodalan pasaran altcoin akan bermula dan dominasi BTC serta-merta akan lenyap.

Ini akan menghasilkan keuntungan luar biasa ketika aset tidak cair ini melonjak.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat