Ketika Pasaran Masih Nantikan Ulasan, Matawang Ini Masih Lemah!

669

Matawang US dolar merosot pada hari Khamis berikutan reaksi berbagai dalam kalangan pemain pasaran. Para pelabur buntu antara mengambil sikap berhati-hati atau optimis terhadap jangkaan vaksin Covid-19 yang kemungkinan besar tidak akan dilancarkan pada musim sejuk ini.

Hal ini membuatkan kekhuatiran semakin meningkat kerana gelombang kedua pandemik di Eropah dan Amerika Syarikat yang semakin meningkat.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menyusut sedikit sebanyak 0.03% pada paras penukaran 92.993 setakat jam 10.45 p.m. Disisi lain, matawang AUD dan New Zealand yang sisitif terhadap peningkatan risiko mencatat penyusutan berbanding US dolar.Walaubagaimanapun, matawang Euro terus mengukuh dengan catat pengukuhan 0.24% kepada paras tukaran 1.1805 berbanding US dolar. Matawang GDP susut sebanyak 0.54% berbanding US dolar.

Ekonomi UK kembali bangkit daripada kemelesetan dengan mencatatkan pertumbuhan 15.5% pada suku ketiga 2020, menurut anggaran awal yang diterbitkan oleh Pejabat Statistik Negara (ONS) hari ini. Bagaimanapun, data yang diterbitkan tersasar daripada jangkaan pasaran untuk pertumbuhan 15.8%.

Walaupun pertumbuhan ekonomi meningkat namun UK masih menderita lonjakan dalam jangkitan Covid-19 dan isu Brexit yang masih tidak selesai. Hal yang sama turut berlaku di Eropah dengan jangkitan yang semakin meningkat dan sekatan penularan Covid-19 dikenankan. Penasihat ekonomi Jerman telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan.

Sementara itu, lebih banyak pengumuman mengenai vaksin Covid-19 dijangka akan dibuat pada minggu akan datang, terutamanya Moderna yang menggunakan teknologi yang sama dengan Pfizer dalam ujian vaksinnya.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada perbincangan panel mengenai dasar monetari di Forum Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan melibatkan Presiden ECB, Christine Lagarde, Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell dan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey pada tengah malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat