Keuntungan 2021 BioNTech ‘High To The Moon’ Selepas Pelancaran Vaksin Global

266

‘Dah kalau booster sampai 2 kali, 3 kali, 4 kali mana tak gila-gila buat untung. Memang to the moon lah jawab dia.’

Syarikat pembuat vaksin Covid-19 dari Jerman, BioNTech melaporkan lonjakan yang memberangsangkan daripada penjualan suntikan anti koronavirus yang diusahakan bersama syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer.

Menurut laporan, BioNTech mencatat keuntungan bersih sebanyak €10.3 bilion pada tahun 2021, naik dari €15 milion yang dicatat pada 2020 iaitu ketika pandemik mulai tersebar.

Menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Ugur Sahin, pembangunan vaksin yang dibina bagi menentang koronavirus telah memberi ‘impak besar’ kepada kesihatan manusia dan ekonomi global.

Kenyataan syarikat tersebut menerangkan bahawa mereka telah mengagihkan 2.6 bilion dos vaksin berdasarkan teknologi mRNA pada tahun 2021, seterusnya menjana hasil sebanyak €19 bilion pada tahun sama.

Bagi tahun 2022 pula, BioNTech mengunjurkan hasil vakin yang dijual sebanyak €13 bilion ke €17 bilion dan menyasarkan untuk menyalurkan €1.5 bilion ke dalam rancangan penyelidikan serta pembangunan syarikat.

Buat masa ini, BioNTech dikatakan sedang mengusahakan vaksin bagi melawan varian Omicron manakala syarikat farmaseutikal itu juga sedang giat membangunkan rawatan untuk malaria, batuk kering dan penyakit lain.

BioNTech juga mengatakan hasil tersebut akan memberi manfaat kepada tabung kerajaan dengan syarikat membuat pembayaran cukai sebanyak €4.8 bilion pada 2021 sahaja.

Umumnya, kebangkitan syarikat bioteknologi kecil dari Mainz, Jerman itu telah memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut, di mana ahli ekonomi menganggarkan ia menyumbang kepada 0.5% daripada semua aktiviti ekonomi pada 2021.

Dalam pada itu, BioNTech dikatakan akan melancarkan program beli balik saham bernilai €1.5 bilion dalam tempoh 2 tahun akan datang dan membayar dividen tunai sebanyak €2 sesaham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat