Keuntungan Bersih Petronas Chemical Susut 22.3% Pada Suku Kedua 2019

273

Keuntungan bersih Petronas Chemical Group Bhd (PChem) mengalami penurunan kepada RM1.12 bilion daripada RM1.44 bilion dipengaruhi oleh penurunan dalam hasil dan permintaan pasaran.

Menurut PChem kepada Bursa Malaysia, keuntungan yang diraih susut 22.3% dengan hasil pendapatannya jatuh 8% kepada RM4.33 bilion didorong oleh kejatuhan harga produk dan sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jualan yang tinggi serta kedudukan ringgit berbanding dolar AS yang lemah.

Peningkatan dalam jumlah pengeluaran dan jualan dipacu oleh prestasi kilang yang bertambah baik manakala kejatuhan harga produk disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dan permintaan pasaran yang rendah.

Hasil daripada baja dan metanol turun kepada RM1.98 bilion daripada RM2.0 bilion dan segmen olefin serta derivatif susut kepada RM2.35 bilion pada suku kedua 2019 berbanding RM2.75 bilion pada tempoh yang sama 2018.

Pada separuh pertama 2019, jumlah keuntungan bersih PChem mencatat penurunan 25.4% kepada RM1.92 bilion disebabkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan penulasan yang rendah dengan sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah.

Selain itu, keuntungan oleh pertukaran asing pula susut 12.5% kepada RM8.467 bilion didorong oleh penurunan harga produk dan jumlah jualan yang sebahagiannya diimbangi oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Sementara itu, operasi PChem dijangka bergantung kepada keadaan ekonomi global, perubahan kadar tukaran asing, kadar penggunaan kemudahan pengeluaran dan harga produk petrokimia, yang mempunyai pertalian yang tinggi dengan harga minyak mentah terutama dalam segmen olefin dan derivatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat