Keuntungan Bersih Suku Ketiga MYEG Naik 11%

209

Wang besar, wang besar!

MY EG Services Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM78.46 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2021 (Q3FY21) dengan pertumbuhan 10.91% tahun ke tahun (y-o-y) dari RM70.74 juta hasil perkhidmatan konsesi baharu, perkidmatan baharu dan peningkatan keseluruhan dalam jumlah urus niaga untuk perkhidmatan sedia ada.

Menurut pemfailan bursa, penyedia perkhidmatan e-kerajaan mendapati pendapatan sesaham naik 1.1 sen dari 1 sen.

Hasil suku tahunan berjumlah RM156.8 juta meningkat 15.2% dari RM136.1 juta setahun sebelumnya.

Sumbangan daripada perkhidmatan komersial baharunya di bawah saringan kesihatan Covid-19, perkhidmatan kutipan kuarantin berjenama MySafeTravel dan MySafeQuarantine termasuk peningkatan dalam jualan runcit atas talian melalui kedai dalam talian ‘Nak Beli’ turut menyumbang kepada peningkatan prestasi kewangannya.

Kumpulan itu menambah prestasi tersebut turut didorong oleh peningkatan keseluruhan dalam jumlah urus niaga dalam talian untuk konsesi sedia ada dan perkhidmatan komersialnya apabila lebih ramai pengguna memilih untuk berurus niaga dalam talian ekoran penyebaran wabak.

Walau bagaimanapun, prestasi MYEG pada 3QFY21 sedikit lemah berbanding suku sebelumnya dengan penurunan 2.75% dan 3.05% dalam keuntungan bersih dan hasil masing-masing daripada RM80.68 juta dan RM161.73 juta.

Menurut kumpulan itu, ia berikutan penerusan penutupan sementara pusat e-perkhidmatannya akibat penutupan sementara institut pemanduan berikutan perintah berkurung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di beberapa negeri telah memburukkan lagi jumlah penutupan seluruh negara di bawah PKP Dipertingkat mulai Mei 2021 dan seterusnya.

Bagi tempoh 9 bulan yang berakhir 30 September 2021 (9MFY21), keuntungan bersih MYEG naik 28.21% pada RM235.43 juta dari RM192.46 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas sementara hasilnya meningkat 28.2% pada RM489.99 juta dari RM382.17 juta.

Pendapatan 9 bulan sesaham meningkat kepada 3.3 sen daripada 2.7 sen.

MYEG menyatakan mereka menjangkakan untuk terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif dengan memanfaatkan teknologi baharu di Malaysia serta negara lain di mana ia berada.

Saham MYEG berakhir 1 sen atau 0.94% lebih tinggi pada RM1.07 dengan permodalan pasaran RM7.93 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat