Keuntungan Bersih Top Glove Merosot 99% Pada RM15.3 Juta Tahun Ini!

292

‘Rasanya ni penurunan paling banyak sejak era pandemik berakhir.’

Keuntungan bersih suku ke-3 berakhir 31 Mei 2022 (3QFY22) Top Glove Corp Bhd menyusut 82.53% pada RM15.29 juta berbanding RM87.55 juta sementara hasilnya mendatar pada RM1.46 bilion dari RM1.45 bilion pada 2QFY22.

Bagi asas tahunan pula, keuntungan bersih syarikat merosot 99.25% dari RM2.04 bilion pada 3QFY21 manakala hasil pula merundum sebanyak 64.52% dari RM4.16 bilion.

Ekoran itu pendapatan sesahamnya turun 0.19 sen, berbanding catatan 25.44 sen pada 2QFY21 dan 1.09 sen pada 2QFY22.

Top Glove menyenaraikan sebab penyusutan adalah kerana kejatuhan permintaan dan purata harga jualan (ASP) sarung tangan getah disebabkan peralihan kepada endemik wabak Covid-19.

Selain itu, syarikat turut menggariskan isu kos pengeluaran yang meningkat akibat inflasi dan konflik Rusia-Ukraine yang menyebabkan harga minyak mencanak sebagai antara alasan lain kepada penurunan prestasi kewangannya.

Mengulas mengenai prestasi kewangan syarikat, pengarah urusannya iaitu Datuk Lee Kim Meow menjelaskan bahawa industri sarung tangan sedang mengalami penurunan ekoran trend normalisasi berterusan dan ketidakseimbangan permintaan-bekalan.

Ekoran itu, Top Glove dikatakan akan menangguhkan dan mengurangkan perbelanjaan modal utamanya dalam jangka masa terdekat, sedang ia juga cuba menyelaraskan rancangan pengembangan dengan keadaan pasaran.

Dalam pada itu, setakat artikel ini ditulis, saham Top Glove naik 2.54% atau 3 sen pada RM1.21 dengan modal pasaran sebanyak RM9.93 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat