Keuntungan Emas Berkurang Selepas Data Positif Amerika Syarikat

87

Harga emas jatuh pada Rabu selepas membuat kenaikan sejak daripada sesi Asia hari ini. Harga komoditi berharga ini jatuh selepas laporan data pekerjaan U.S meningkat melebihi jangkaan dan juga data sektor perkhidmatan yang naik dengan signifikan.

Harga emas di pasaran hadapan ketika ini naik selepas jatuh mencapai paras pembukaan pagi tadi dengan merekod kenaikan 0.01% setakat pukul 10.52 malam.

Data terbaru sektor swasta Amerika Syarikat merekod tambahan 135,000 pada bulan September lebih daripada jangkaan pakar ekonomi.

Selain itu, faktor seperti sentimen calon pengganti Janet Yellen yang kurang hawkish telah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang dapat dilihat dalam CME Group.

Jerome Powell, gabenor Fed dan Kevin Warsh, mantan gabenor merupakan dua calon yang di temuduga di Rumah Putih, dilihat sebagai calon yang berpontesi untuk mengantikan Pengerusi Fed Janet Yellen pada Februari akan datang.

Namun Powell dinilai lebih dovish berbanding Warsh, dan beliau pernah mengkritik program pembelian bon oleh Fed suatu ketika dahulu, sehingga meletakkan jawatan pada masa itu.

Antara faktor lain yang menyokong pengukuhan dolar beberapa minggu lalu adalah jangkaan kadar faedah dinaikkan pada Disember yang semakin meningkat dan harapan pemotongan cukai Amerika Syarikat.

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut kepada 93.26 pada jam 10.57 malam selepas berjaya mencecah paras 93.78 (paras tertinggi sejak enam minggu lalu) pada Selasa.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. USD yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat