Keuntungan Emas Dari NFP Lenyap! Apa Hal Ni?

644

Lonjakan emas tidak bertahan lama selepas logam kuning itu kembali memadamkan keuntungan yang diraih susulan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang mengecewakan.

Pada sesi Asia, emas didagangkan pada $1,755 per auns, turun daripada paras ketinggian dua minggu yang dicapainya pada Jumaat, $1,781 per auns.

Emas pada mula mendapat keuntungan daripada laporan NFP yang menunjukkan bacaan jauh lebih lemah daripada dijangkakan, dengan tanggapan ia akan menggoyahkan keyakinan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan rancangannya untuk mula mengurangkan rangsangan.

Ekonomi AS menambah sebanyak 194,000 pekerjaan daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 500,000 pada bulan September, dan turun dari bacaan yang disemak semula pada Ogos sebanyak 366,000 pekerjaan.

Walaupun begitu, kadar pengangguran pula menunjukkan sebaliknya dengan menurun ke tahap terendah 18 bulan pada 4.8% daripada 5.2% yang direkodkan bulan sebelumnya.

Penurunan yang dicatatkan USD tidak ketara, sementara hasil bon AS 10 tahun pula menokok lebih tinggi pada 1.6%. Ini menunjukkan pelabur tetap yakin bahawa bacaan NFP ini tidak akan melemahkan keputusan Fed untuk memulakan pengurangan pembelian bonnya.

Penerbitan data inflasi AS dan laporan minit mesyuarat FOMC pada minggu ini, menjadi tumpuan pasaran seterusnya yang pastinya menjadi penggerak kepada logam berharga itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat