Keyakinan Pasaran Semakin Pulih? Data GDP A.S Ini Beri Indikasi Lebih Jelas!

710

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada suku ketiga telah disemak lebih tinggi sedikit daripada bacaan yang asal. Ini didorong oleh perbelanjaan peribadi yang kukuh daripada yang dianggarkan sebelum ini.

Keluaran dalam negara kasar diselaraskan inflasi meningkat pada kadar tahunan 2.1% dalam suku ketiga berbanding 2% yang dilaporkan sebelum ini. Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang sebahagian besar ekonomi, meningkat 1.7%.

Inventori menambah lebih daripada 2.1 mata peratusan kepada pertumbuhan keseluruhan pada suku tersebut. Anggaran KDNK median dalam tinjauan Bloomberg menjangkakan semakan lebih tinggi kepada 2.2%.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan sebentar tadi turut menggariskan bahawa lonjakan jangkitan Covid-19, kekurangan bekalan dan kekangan buruh menyebabkan kelembapan mendadak dalam penggunaan peribadi bagi suku ketiga. Data terkini, termasuk jualan runcit Oktober yang lebih kukuh daripada jangkaan, mencadangkan peningkatan semula dalam tiga bulan terakhir pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, kenaikan harga dan kejatuhan dalam sentimen pengguna terus mengancam dan mengekang perbelanjaan isi rumah dan memberi kesan terhadap rantaian bekalan.

Laporan itu juga termasuk bacaan pertama mengenai pendapatan perniagaan untuk tempoh tersebut. Keuntungan korporat sebelum cukai meningkat 4.3% setahun daripada suku sebelumnya dan meningkat hampir 21% daripada tahun sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat