Keyakinan Pengguna di Amerika Meningkat, Tiada Respon Signifikan Oleh USD

562

Keyakinan di kalangan pengguna Amerika Syarikat meningkat pada April seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan oleh Conference Board pada pukul 10 malam pada Selasa. Bacaan keyakinan pengguna meningkat kepada 128.7 berbanding jangkaan 126.0 dan bacaan bulan Mac 127.0.

Data CB consumer confidence ini melihat pendirian pengguna terhadap keadaan semasa ekonomi dan jangkaan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang. Indeks ini menjadi tumpuan penganalisis pasaran kerana perbelanjaan pengguna mewakili 70% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.

Lynn Franco pengarah Petunjuk Ekonomi The Conference Board berkata, “keyakinan pengguna meningkat secara sederhana pada April selepas jatuh pada Mac.” Menurut beliau, secara keseluruhan tahap keyakinan pengguna di Amerika kekal kukuh dan menunjukkan ekonomi akan terus berkembang pada kadar yang pantas di masa akan datang.

Tidak ada kesan signifikan kepada US dollar selepas data ini dikeluarkan.

Dalam perkembangan lain, Jerman juga mengeluarkan data keyakinan perniagaan pada petang Selasa yang menunjukkan kemerosotan pada bulan April. Indeks keyakinan jatuh daripada 103.3 pada Mac kepada 102.1 pada April. Jangkaan untuk data kali ini adalah 102.08.

Sama seperti US dollar, tiada respon signifikan kepada matawang Euro selepas datan ini dikeluarkan pada pukul 4 petang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat