Keyakinan Perniagaan NZ Bulan September Jatuh Kepada Bacaan Terendah 2 Tahun Lalu

51

Indeks keyakinan perniagaan New Zealand bagi bulan September yang dikeluarkan oleh ANZ hari ini jatuh ke paras terendah dua tahun lalu (0.0), kesan daripada ketidaktentuan politik selepas pilihan raya dan keadaan aktiviti syarikat semakin berkurangan, seiring dengan pandangan bahawa ransangan ekonomi sedikit menyusutv ketika ini.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam kajian mengatakan keyakinan terhadap aktiviti perniagaan turut menyusut kepada 29.6, paras terendah sejak suku tahun pertama 2016.

Secara khusunya, pembinaan perumahan jatuh mendadak dalam kedua-dua kawasan kediaman ataupun komersial, yang mana selari dengan data pembinaan yang semakin susut baru-baru ini. Penganalisis daripada Westpac, Shyamal Maharaj berpandangan bahawa aktiviti pembinaan semakin berkurang disebabkan kesukaran mendapatkan kredit dan pekerja mahir. Kesukaran yang meningkat ini akan memberi impak kepada aktiviti ekonomi di masa hadapan.

Hasil kajian juga menunjukkan kejatuhan mendadak penggunaan kapasiti. Walau bagaimanapun jangkaan inflasi meningkat 0.10% kepada 1.98%, didorong oleh kenaikan pelan harga keseluruhan barangan (overall pricing intentions) serta peningkatan harga minyak sepanjang bulan ini.

Sumber: ANZ Business Outlook

Maharaj turut menyatakan hasil kajian ANZ ini menyokong pandangan mereka terhadap unjuran ekonomi yang semakin lemah. Kiwi melemah dengan pasangan matawang NZD/USD jatuh 20 pips selepas bacaan ini dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat