Khabar Tentang OPEC Mungkin Kecewakan Pelabur, Ini Sebabnya!

136

Menjelang pertemuan yang akan berlangsung pada Ahad, OPEC dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ dijangka mengekalkan dasar pengeluaran minyak tidak berubah.

Reuters yang memetik kenyataan lima sumber OPEC+ mengatakan terdapat kemungkinan besar ia tidak akan mengubah pengeluaran sedia ada.

Bagaimanapun, menurut dua lagi sumber berlainan, kumpulan itu mungkin akan membincangkan satu lagi pemotongan keluaran walaupun mereka tidak mengharapkan pengurangan yang besar.

Penurunan harga minyak selepas menghampiri paras tertinggi sepanjang masa pada $147 setong pada Mac akibat konflik di Ukraine, telah mendorong penganalisis seperti Eurasia Group mencadangkan bahawa OPEC+ akan mengurangkan pengeluaran.

Malah pada Oktober, kumpulan itu bersetuju untuk memotong pengeluarans ebanyak 2 juta tong sehari daripada bekalan global yang telah mencetuskan pertikaiannya dengan Amerika Syarikat.

Beralih kepada perkembangan dagangan komoditi hitam, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $85 setong manakala WTI Amerika Syarikat positif pada $79 setong.

Setelah dihumban jatuh oleh sentimen berisiko Covid-19 di China, harga minyak kembali stabil apabila diperlihatkan dengan data bekalan minyak AS yang tanpa dijangka menunjukkan kejatuhan pada minggu lalu.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak AS jatuh sebanyak 7.9 juta tong pada minggu berakhir 25 November.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat