Khazanah Beri ‘Sayap’ Kepada MAS Untuk Terbang Ke Australia

302

‘Berita baik buat Din Dolar yang sudah lama tak balik kampung di Perth.’

Khazanah Nasional Bhd memberi sokongan kepada syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) untuk membuat penerbangan semula ke Australia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS pada 2 Mac lalu, kerajaan Australia telah membuka sepenuhnya sempadan bermula 3 Mac bagi pelancong yang layak dan syarikat penerbangan nasional negara akan menyambung semula penerbangan ke Perth sebanyak 2 kali seminggu dan 5 kali seminggu ke Sydney.

Tambahnya lagi, kekerapan penerbangan ke Perth akan ditambah 5 kali seminggu dan 7 kali seminggu ke Sydney menjelang April.

Buat masa ini, MAS menawarkan tambang pergi-balik serendah RM1,999 bagi kelas ekonomi dan RM6,999 bagi kelas bisnes, tempahan boleh dibuat sehingga 6 Mac dan sah untuk perjalanan segera sehingga 31 Julai.

Manakala bagi penerbangan ke Sydney pula, kelas ekonomi ditawarkan pada harga serendah RM2,929 dan RM8,199 bagi kelas bisnes, tempahan boleh dilakukan sekarang dan bagi penerbangan segera sehingga 28 Mac.

Umum mengetahui MAS seperti syarikat penerbangan lain di Malaysia, terpaksa menangguh penerbangan domestik dan antaranbangsa kerana penularan pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat