Kilang Panasonic Di Shah Alam Terpaksa Ditutup Akibat Banjir

1,363

Impak banjir masih terus dirasai walaupun air sudah surut.

Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd mengumumkan bahawa kilangnya yang bertapak di Seksyen 23 Shah Alam (SA2) terpaksa ditutup akibat banjir.

Firma pembuatan barangan eletrik dan eletronik tersebut menyatakan pengeluaran kipas dan vakum pencuci terpaksa diberhentikan buat seketika bagi memberi masa kepada mereka untuk menilai keadaan mesin dan peralatan yang terkesan akibat banjir.

Tambah firma itu lagi, beberapa bekalan mereka terjejas teruk selain turut memberi kesan kepada keputusan kewangan bagi suku ke-3 yang berakhir 31 Disember 2021 (3QFY21).

Walau bagaimanapun, firma tersebut mengesahkan kilang yang berada di Seksyen 15 di Shah Alam tidak terjejas dan menyatakan aset-aset yang berada di kilang SA2 dilindungi insuran.

Dalam pada itu, saham Panasonic naik 40 sen atau 1.37% pada RM29.50 dengan permodalan pasaran bernilai RM1.79 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat