Kinsteel Dinyahsenarai Dari Bursa!

325

Kinsteel Bhd bakal dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) berikutan kegagalan dalam rayuannya kepada Bursa Securities terhadap skim penyusunan semula yang dicadangkan.

Menurut Kinsteel, dalam keadaan berkenaan dan berdasarkan surat Bursa Securities bertarikh 9 Jun tahun lalu, sekuriti syarikat akan dikeluarkan daripada Bursa Securities selepas tamat tempoh dua hari pasaran iaitu 16 Mac ini.

“Berhubung dengan sekuriti syarikat yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository), sekuriti terbabit mungkin kekal didepositkan dengan Bursa Depository walaupun sekuriti itu dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Securities.

“Tidak wajib bagi sekuriti sesebuah syarikat yang telah dinyahsenarai untuk keluar daripada Bursa Depository,” kata Kinsteel menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Kinsteel, pemegang saham yang berhasrat untuk mengekalkan sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal daripada akaun Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) mereka dan kekal dengan Bursa Depository pada bila-bila masa selepas sekuriti syarikat telah dinyahsenarai.

“Ini boleh dilaksanakan oleh pemegang saham yang mengemukakan borang permohonan pengeluaran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Bursa Depository.

“Kesemua pemegang saham boleh menghubungi Bursa Securities di talian 03-2034 7000 untuk maklumat lanjut mengenai prosedur pengeluaran,” ujar Kinsteel.

Selepas dinyahsenarai, Kinsteel akan terus wujud tetapi sebagai entiti yang tidak tersenarai.

“Syarikat masih dapat meneruskan operasi dan perniagaannya serta meneruskan langkah penyusunan semula korporat dan pemegang sahamnya terus mendapat ganjaran daripada prestasi syarikat.

“Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan didagangkan di Bursa Securities,” jelas Kinsteel.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat