Kiwi Ambil Langkah Berhati-Hati Menjelang Semakan Dasar Terkini RBNZ!

37

Dollar Australia tidak banyak berubah berbanding US Dollar pada Rabu, manakala Dollar New Zealand telah menyusut lebih rendah menjelang keputusan semakan dasar terkini oleh Bank Pusat New Zealand.

AUD/USD didagang stabil pada 0.7630.

Matawang US Dollar terus mendapat sokongan selepas Presiden Fed Minneapolis iaitu Neel Kashkari berkata bahawa Fed perlu mengekalkan dasar monetari pada tahap sederhana.

Komen itu dikeluarkan sehari selepas Presiden Fed Philly, Patrick Harker memberi kenyataan bahawa beliau menyokong kenaikan kadar pada bulan Mac.

US Dollar juga disokong selepas data defisit perdagangan AS mengecil kepada $44.30 Billion pada bulan Disember berikutan peningkatan dalam data eksport.

Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa defisit perdagangan AS mencecah tahap tertinggi dalam tempoh 4 tahun kepada $502.3 Billion.

Dalam sesi ini, NZD/USD menyusut sebanyak 0.10 peratus untuk meneruskan dagangan di puncak tertinggi dalam tempoh tiga bulan semalam.

NZD/USD, 30 minit

RBNZ dijangka meninggalkan kadar pada tahap tidak berubah pada Khamis. Namun begitu, peserta pasaran masih memberi tumpuan terhadap sebarang perubahan dasar oleh bank pusat tersebut pada masa akan datang.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.09 peratus kepada 100.47.

Adakah Jangkaan Kenaikan Kadar Oleh Fed Sebelum Ini Bakal Tersasar?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat