Kiwi Diniagakan Paling Kukuh Hari Ini Mendorong Kenaikan Pada Dagangan NZD/USD

340

Matawang dolar New Zealand diniagakan paling mengukuh pada Jumaat berbanding matawang utama yang lain berikutan data ekonomi yang dikeluarkan pada sesi Asia pagi ini.

Data imbangan dagangan New Zealand mencatatkan angka yang melonjak tinggi mengatasi jangkaan pasaran. Bacaan data untuk bulan Mac mencatatkan bacaan 922 juta berbanding jangkaan 131 juta setelah bacaan bulan sebelumnya yang mencatatkan penurunan -68 juta pada data yang dikemaskini semula.

Peningkatan yang ketara pada bacaan data tersebut telah mengukuhkan nilai dagangan Kiwi dalam pasaran semasa.

Di samping itu juga, pengukuhan dolar NZD turut disokong oleh komen optimis oleh Presiden Donald Trump berkaitan perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Trump memandang positif untuk keputusan hubungan dagang yang terbaik dengan rundingan bersama Presiden Xi Jinping yang akan bertemu di White House.

Dengan itu, Kiwi sebagai matawang berpulangan tinggi mendapat permintaan yang tinggi oleh pelabur berikutan aset yang berisiko lebih menjadi tarikan dengan memberikan pulangan yang lebih tinggi dalam pasaran.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang NZD/USD, dagangan dua hari lalu menyaksikan harga menguji paras terendah di paras support 0.65800 sebelum harga kembali membuat kenaikan semula pada dagangan semalam.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga telah berjaya menembusi kenaikan di paras RBS (resistance become support) pada 0.66300. Kenaikan harga juga telah berjaya mengatasi paras resistance 0.6642 (MagicR1) dan menuju ke paras resistance 0.6660 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dilihat akan menguji paras SBR (support become resistance) pada 0.66700 sebelum mencatatkan paras ketinggian pada resistance 0.6692 (MagicR3).

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support pada 0.65800 semalam akan kembali diuji untuk harga mencari paras terendah semasa yang baru pada chart NZD/USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6593, 0.6561, 0.6543.

Paras resistance: 0.6642, 0.6660, 0.6692.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat