Kiwi Dinilai Stabil Berbanding Matawang Gergasi Dalam Sesi Eropah

44

New Zealand Dollar didagang stabil berbanding US Dollar walaupun jangkaan kenaikan kadar terus menyokong permintaan bagi US Dollar. Aussie pula menyusut lebih rendah dalam sesi ini berbanding US Dollar.

AUD/USD jatuh 0.21% kepada 0.7544.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

US Dollar semakin mengukuhkan kedudukan selepas pasaran dilihat semakin optimis terhadap kenaikan kadar pada mesyuarat bulan Disember nanti.

Jabatan Perdagangan AS juga melaporkan bahawa jualan runcit meningkat sebanyak 0.8% pada bulan Oktober.

Dalam masa yang sama, US Dollar terus menguat disebabkan jangkaan pemotongan perbelanjaan fiskal dan cukai di bawah pentadbiran Trump.

Di Australia, data yang dikeluarkan awal hari ini menunjukkan bahawa data gaji meningkat pada suku ketiga. Pun begitu, angka itu meleset dari jangkaan awal pasaran.

NZD/USD juga telah berubah sedikit kepada paras terendah dalam tempoh satu bulan.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 100.28.

 

Sentimen Terkini Brexit Menguatkan Matawang GBP Sejak Semalam

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat