Kiwi Disokong Oleh Indeks Keyakinan Perniagaan, Aussie Terus Menerima Tekanan!

287

Tindakan Presiden AS Donald Trump menandatangani dua rang undang-undang iaitu Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong untuk menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong telah mempengaruhi pergerakan matawang Asia, terutama dolar Aussie dan kiwi.

Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pelabur mengenai rundingan dagang antara dua negara ekonomi gergasi akan terjejas memandangkan China pernah memberi amaran kepada AS supaya tidak masuk campur dalam urusannya di Hong Kong.

Sebagai matawang yang terdedah kepada isu perdagangan, dolar New Zealand dan Australia terus menyusut sebagai tindak balas kepada berita tersebut.

Bagaimanapun, data keyakinan perniagaan di New Zealand yang lebih baik daripada bacaan pada bulan sebelumnya, telah membantu pergerakan dolar New Zealand untuk diniagakan meningkat.

Indeks keyakinan perniagaan di New Zealand yang dikeluarkan oleh Bank ANZ menunjukkan peningkatan kepada -26 pada November 2019 daripada -42 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, mengatasi jangkaan pasaran pada -31.

Sementara itu, dolar Australia yang sebelum ini menerima tekanan daripada unjuran Westpac yang menjangkakan Reserve Bank of Australia akan menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun 2020, terus menunjukkan kemerosotan.

Tindakan Trump telah menambah kedukaan buat dolar Aussie di samping turut dipengaruhi oleh data perbelanjaan modal persendirian Australia yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Aussie menyusut hampir ke paras terendah enam minggu berbanding dolar USD.

Data perbelanjaan modal persendirian Australia menyusut sebanyak 0.2% pada suku keempat 2019, tersasar daripada jangkaan yang diunjurkan penurunan sebanyak 0.1%. Bagaimanapun, bacaan ini dilihat meningkat daripada penurunan 0.6% yang dicatatkan pada suku ketiga. Data ini merupakan indikator utama kepada kesihatan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat