Kiwi Menjunam Selepas RBNZ Berkata Langkah Seterusnya Kemungkinan Pemotongan Kadar Faedah.

482

Pasaran sesi Asia hari ini melihat matawang NZD melakukan terjunan bebas selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedahnya hari ini pada paras 1.75% seperti jangkaan pasaran dengan intonasi yang agak dovish.

Para penggubal dasar mengatakan prospek ekonomi global yang lemah, terutamanya di kalangan beberapa rakan dagangan utama serta penurunan momentum dalam perbelanjaan domestik, kebarangkalian untuk langkah bank pusat seterusnya adalah dengan memotong kadar faedah.

Susulan hal ini, Aussie juga terkena tempias yang menyebabkan penurunan nilai dagangan AUD. Bukan itu sahaja, data domestik dari China juga turut menekan matawang AUD hari ini.

Keuntungan yang diperoleh oleh firma perindustrian China menurun sebanyak 14.0% secara tahunan dalam tempoh 2 bulan pertama 2019. Ini merupakan penurunan yang paling teruk sejak akhir tahun 2011.

Beralih kepada pasaran sesi Eropah pula, Presiden ECB, Mario Draghi, semasa perjumpaan berjadual di Frankfurt, mengulangi bahawa risiko penurunan ekonomi zon Eropah adalah meningkat dan menyatakan bahawa kemerosotan permintaan luaran masih berterusan. Kenaikan matawang Euro dijangka terhad buat masa ini.

Menjelang pasaran New York sebentar lagi, pasaran akan tertumpu kepada data ekonomi daripada Kanada iaitu data imbangan dagangan (Trade Balance) yang bakal memberi cerminan terhadap pertumbuhan KDNK Kanada pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat