Kiwi Pamer Pengukuhan, Mesyuarat Penetapan Polisi Bank Pusat New Zealand Jadi Tumpuan

297

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah memberi isyarat bahawa bank itu bersedia untuk meningkatkan rangsangannya jika diperlukan bagi mengatasi kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Sehubungan itu, RBNZ dijangkakan akan mengurangkan kadar faedahnya ke paras terendah pada keputusan polisi monetarinya pada Rabu, berdasarkan tinjauan ke atas penganalisis-penganalisis ekonomi.

RBNZ pada mesyuarat polisi monetari pada Ogos lalu telah mengejutkan pasaran dengan saiz pemotongannya sebanyak 50 mata asas kepada 1.00% dan turut memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk mengurangkan kadar faedah selanjutnya jika perlu.

Namun begitu, RBNZ telah mengekalkan kadar faedahnya ke paras terendah tidak berubah pada bulan September.

Berdasarkan tinjauan oleh Reuters, 12 daripada 15 penganalisis menjangkakan bank pusat akan memotong kadar faedah kepada 0.75%.

Pertumbuhan ekonomi global yang perlahan akibat perang dagang antara dua negara ekonomi terbesar dunia dan amaran kemelesetan telah mendorong bank pusat utama di seluruh dunia untuk melonggarkan dasar monetari.

Di peringkat domestik, kelemahan keyakinan pengguna telah membimbangkan bank pusat dan menimbulkan risiko terhadap pertumbuhan dengan aktiviti firma yang semakin perlahan.

Sementara itu, dolar New Zealand diniagakan tinggi berbanding dolar USD pada dagangan sesi Asia dengan peningkatan menghampiri ke paras 0.63465 menjelang mesyuarat dasar monetari RBNZ pada hari Rabu ini.

Di sisi lain, dolar Australia kembali diniagakan rendah berbanding USD dan yen, di tengah-tengah pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian terhadap perjanjian perdagangan dan ketegangan demonstrasi di Hong Kong yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat