Kiwi Seakan Mahu Menyembah Bumi Menjelang Kenyataan RBNZ

44

Kiwi dan Dollar Australia melemah berbanding rakan sejawatnya dari AS pada hari Rabu. Pelabur yang mula memberi perhatian terhadap keputusan dasar dari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) terus memberi tekanan buat matawang utama ini.

AUD/USD mula memanjat ke tangga tertinggi sepanjang 3 Mei lalu.

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Dollar AS merosot semalam selepas data produktiviti bukan ladang menurun 0.5% bagi suku ke-2.

Sementara itu, pasaran terus dikuatkan dengan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed sebelum akhir tahun ini.

Terdahulu, Gabenor RBA, Stevens menggesa menggesa kerajaan Australia untuk mengambil langkah-langkah selanjutnya bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, NZD/USD dinilai pada 0.7208.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

Fokus utama pasaran mula beralih kepada kenyataan dasar RBNZ pada hari Khamis. Ramai menjangkakan bank tersebut akan mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak 0.25%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback pula menurun 0.34%, yang paling rendah sejak 5 Ogos lepas.

Isu apa yang sedang melanda pasaran minyak mentah sekarang? Klik pautan ini untuk buktikan yang anda benar-benar ambil berat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat