KLCI dan Ringgit Mengukuh Menjelang Rundingan Dagangan

116

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan pagi ini dengan indeks meningkat sebanyak 0.21% menyusuli prestasi di pasaran Asia berikutan tindakan Presiden AS Donald Trump menangguh penambahan tarif ke atas barangan import China menjelang rundingan dagangan.

Pada 9.20 pagi, indeks FBM KLCI dibuka meningkat 3.33 mata kepada 1,605.63 daripada 1,602.30 ketika ditutup semalam. Jumlah dagangan adalah 239.172 juta unit yang bernilai RM109.984 juta.

Di bursa tempatan, saham yang meraih keuntungan adalah KLCC Property Holdings Bhd, Petronas Chemical Bhd, Maybank Bhd, MISC Bhd dan Aeon Credit Service (M) Bhd manakala saham yang mengalami kerugian adalah Petronas Dagangan Bhd, Petronas Gas Bhd dan Public Bank.

Saham Asia mengukuh dengan kebimbangan terhadap perang dagangan yang semakin reda apabila AS menangguh penambahan tarif ke atas barangan import China di samping harapan yang tinggi terhadap mesyuarat Bank Pusat Eropah hari ini yang dijangka akan menurunkan kadar faedah, menurut Reuters. Indeks luas Asia Pasifik MSCI di luar Jepun meningkat 0.2% manakala Nikkei Jepun menokok 1%.

Sementara itu, ringgit juga dibuka tinggi berbanding dolar AS mengikuti pengukuhan yuan China berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar kadar semalaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8594/8651 daripada 3.8786/8824 manakala berbanding dolar Singapura, ringgit menokok kepada 3.0276/0323 daripada 3.0295/0328.

Selain itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.1449/1515 daripada 5.1648/1702 dan berbanding euro pula, ringgit meningkat kepada 45942/6005 daripada 4.6033/6079.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat