Komen Gabenor Fed Pendorong Pasaran Kripto Pulih!

253

“Hmm agak-agak BTC akan memulih tak? Jangan menghampakan pelabur sudah la.”

Seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) mula melihat pengukuhan apabila komen daripada Gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller baru-baru ini menunjukkan tiada pemotongan kadar akan berlaku dalam beberapa bulan.

Kenaikan tersebut turut didorong oleh bacaan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2023 melihat peningkatan daripada 3.2% kepada 3.4% dan sungguhpun Tuntutan Pengangguran minggu ini kekal stabil pada 211,000, Tuntutan Berterusan naik 1.819 juta.

Umum mengetahui pasaran kripto mengalami kitaran yang berbeza daripada bull run sebelum ini susulan daripada pelancaran spot BTC ETF dan pengurangan bekalan BTC yang dijangka berlaku pada April 2024.

Pada 27 Mac 2024, modal bersih mengalir ke semua spot BTC ETF berjumlah $243.5 juta dengan iShares Bitcoin ETF (IBIT) BlackRock merekodkan aliran masuk tertinggi pada $323.8 juta tetapi dana GBTC pula menyaksikan satu lagi aliran keluar $300 juta.

Susulan kelulusan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) meningkatkan pendedahan institusi terhadap BTC, peserta pasaran kripto semakin optimis tentang potensi lonjakan harga BTC sebelum dan selepas acara halving.

Suka dimaklumkan rekod tertinggi yang disaksikan dalam ekuiti dan emas AS telah mencipta perbezaan bullish untuk BTC dan altcoin ditambah pula banyak pelabur runcit sudah mula berminat untuk menyertai pasaran kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.99% pada paras $70,883 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 7.71% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat