Komen Mnuchin Lonjakkan Dagangan Safe-Haven USD/JPY

362

Sentimen pasaran kembali pulih selepas komen terbaru oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin yang positif melegakan ketegangan perang dagang antara Amerika dan China.

Dalam kenyataannya, beliau berharap Amerika Syarikat akan mencapai kata putus bersama China dalam rundingan kali ini. Perjanjian perdagangan bersama China telah hampir sempurna sepenuhnya.

Komen positif Mnuchin telah memulihkan kembali sentimen pasaran dan membuatkan dagangan Yen kembali melemah selepas pelabur mula melepaskan posisi dagangan terhadap matawang safe-haven tersebut.

Sentimen yang semakin pulih akan membuatkan pelabur kembali beralih ke arah pelaburan yang lebih berisiko namun memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY kembali mencatatkan kenaikan sejak semalam selepas mencecah paras terendah di paras 106.800. Paras tersebut juga adalah yang terendah dicatatkan sejak dagangan awal Januari tahun ini.

Dagangan USD/JPY hari ini yang bermula di sekitar paras Magic Pivot 136.188 hari ini telah meneruskan kenaikan ke paras resistance 107.452 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan sesi Asia hari ini.

Bersambung pada sesi pasaran Eropah, harga meneruskan lonjakan susulan memberi respon terhadap komen Mnuchin sebentar tadi yang memberikan gambaran optimis buat perkembangan rundingan dagang AS-China.

Harga bergerak menuju ke paras resistance 107.746 (MagicR) dengan momentum kenaikan dilihat masih kukuh.

Harga dijangka akan menguji paras 107.900 yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi lagi.

Namun jika perkembangan terbaru rundingan memberikan isyarat yang negatif, harga bakal membuat penurunan semula dan dijangka menguji paras terendah yang dicapai semalam di sekitar paras support 108.819 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 106.819, 106.480, 106.186.

Paras resistance: 107.452, 107.746, 108.085.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat