Komoditi Didagangkan Kukuh, USD/CAD Membuat Penurunan Pada Sesi Eropah

228

Perkembangan positif rundingan dagang AS-China yang mengurangkan risiko dalam pasaran turut mempengaruhi pengukuhan dagangan komoditi terutamanya dolar Kanada.

Minyak mentah merupakan eksport terbesar Kanada dan dengan perkembangan optimis rundingan Amerika Syarikat dan China sebagai dua negara pengguna terbesar minyak dunia, bakal kembali meningkatkan jangkaan terhadap permintaan minyak mentah dan mengukuhkan matawang Loonie.

Selain itu juga, pengukuhan Loonie turut disokong oleh unjuran OPEC tentang permintaan minyak mentah global yang bakal meningkat menjelang tahun 2023.

Pengeluaran bekalan oleh OPEC dijangka akan berkurang kepada 32.9 juta tong sehari pada 2024 daripada 35 juta tong sehari pada 2019 terkesan oleh pertumbuhan oleh bekalan minyak bukan dari kalangan negara OPEC.

Maklumat yang dikongsikan tersebut bakal mendukung dagangan dolar Kanada dalam pasaran dengan peningkatan turut ditunjukkan pada carta pasangan matawang utama.

Pada sesi pasarah Eropah hari ini, dolar Kanada diniagakan kukuh melihatkan pergerakan harga yang menurun pada carta pasangan matawang USD/CAD, lebih kukuh berbanding dolar USD.

Dagangan USD/CAD pada minggu lalu menguji paras ketinggian pada resistance 1.32000 sebelum kembali menunjukkan penurunan pada minggu ini.

Harga dilihat telah bergerak lebih rendah dari paras garisan Moving Average 50 (MA50) dan cuba melepasi paras terendah harian semalam pada 1.31300.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menuju paras tumpuan pada sekitar 1.31000 atau lebih rendah lagi akan menguji zon support pada 1.30500 yang gagal ditembusi harga pada dagangan Oktober lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, antara paras yang dilihat menjadi tumpuan adalah pada 1.31800 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu di sekitar 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat