Komoditi Emas Dan Minyak Mentah Kekal Stabil?

347

Harga emas didagangkan stabil pada dagangan awal minggu berikutan kebimbangan terhadap inflasi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan pelan ekonomi bernilai $2 trilion minggu lalu.

Emas yang dilihat sebagai aset lindung nilai kepada inflasi, berisiko untuk susut semula susulan peningkatan pada hasil perbendaharaan AS yang mendorong pengukuhan nilai US dolar dalam pasaran.

Nilai emas susut ke paras $1,721.00 untuk hari ini sebelum pamerkan peningkatan semula pada sesi Eropah.

Sementara harga minyak mentah pula menurun pada awal sesi Asia pagi ini selepas Pertubuhan Negara-negara Pengesksport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu pada minggu lalu bersetuju untuk memperlahankan pengurangan pengeluaran antara Mei dan Julai.

Keputusan tersebut dibuat selepas pentadbiran AS yang baru mengarahkan Arab Saudi untuk mengekalkan harga yang berpatutan kepada pengguna berbanding melihat kepada faktor permintaan ekoran Eropah dan Jepun masih berdepan tekanan pandemik.

Berdasarkan persetujuan pada mesyuarat Khamis lalu, OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran di atas 6.5 juta setong bermula Mei, berbanding di bawah 7 juta setong pada April.

Untuk minggu ini, pelabur akan memberi tumpuan pada perbincangan tidak rasmi antara Iran dan AS di Vienna sebagai sebahagian rundingan sempadan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 antara Tehran dan kuasa global.

Menjelang perbincangan tersebut, Menteri Luar Iran menyatakan mereka mahukan AS untuk membatalkan semua sekatan dan menolak sebarang langkah pelonggaran sekatan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat