Komoditi Ini Benar-Benar Tidak Senang Duduk!

42

Harga minyak mentah jatuh pada Rabu berikutan inventori minyak mentah memberi kesan kepada pasaran. Selain itu, harga minyak juga merosot di China selepas timbul isu pengecualian cukai dalam industri tersebut.

Minyak Brent antarabangsa didagang pada $49.57 setong pada 2054ET, menurun 39 sen.

WTI mentah juga mencatat kemerosotan kepada 46 sen.

Dalam masa yang sama, permintaan minyak mentah di China menguat kerana didorong oleh penapis persendirian yang dikenali oleh teapots. Mereka mula mengimport minyak mentah bermula Jun yang lalu selepas kerajaan meluluskan lesen dan kouta import.

Namun, tuduhan Beijing mengenai pengecualian cukai oleh teapots ini mengancam permintaan di China.

Sementara itu, harga minyak meningkat sedikit pada Selasa selepas Iran menunjukkan isyarat positif mengenai kesediaan mereka untuk menyokong tindakan bagi menaikkan kembali harga minyak.

Sudah baca perihal lelaki terkaya di China? Jika belum, klik disini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat