Komuniti China Di AS Berang

370

Komuniti China di Amerika Syarikat (AS) membidas tindakan Presiden Donald Trump yang mengeluarkan arahan eksekutif untuk menyekat aplikasi media sosial, WeChat baru-baru ini.

Menurut seorang pelajar di Universiti California yang dikenali sebagai Jennie, dia menggunakan aplikasi terbabit untuk berhubung dengan kenalan terdekat di China dan AS.

Tambah Jennie, WeChat juga merupakan sumber utama baginya untuk membaca artikel di media atau menonton video dari China.

Sementara itu, Miley Song menyatakan kebimbangannya berhubung apakah kesan terhadapnya di AS selepas aplikasi itu disekat.

Ujar Song, wanita itu berpendapat Trump sengaja mengalihkan perhatian dunia daripada peningkatan kes Covid-19 dan penurunan sokongan rakyat AS terhadap Trump.

Di China, WeChat digunakan sebagai alat penjejak penyebaran pandemik Covid-19 untuk membantu kerajaan.

Selain itu, penduduk China juga kerap menggunakan WeChat dan AliPay sebagai medium pembayaran ketika membeli barangan ekoran kebanyakan kedai tidak menerima wang tunai.

Seorang penduduk China yang pernah belajar di AS selama 10 tahun, Rachel berkata, arahan Trump itu sedikit sebanyak menyukarkan dirinya untuk berhubung dengan kenalan di AS.

Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan alternatif lain seperti menggunakan Virtual Private Network (VPN).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat