Komuniti EOS Pangkah Block.One, Sekat Pembayaran Bernilai RM1.05 Bilion !

452

Pagi ini mata wang kripto EOS (EOS) mencatatkan peningkatan harga $3.54, melonjak lebih 10% dalam 24 jam.

Secara tidak langsung, EOS meningkat hampir 56% kepada paras tertinggi harian, $3.7 sejak penyusutan harga ke paras $2.4 pada 4 Disember.

Bagaimanapun, ada kisah yang tidak enak berlaku dalam kalangan komuniti EOS.

Apa yang terjadi?

Komuniti EOS bersetuju untuk menghentikan pembayaran kepada pemaju yang membangunkan EOS, Block.one sebanyak 67 juta EOS ($250 juta, RM1.05 bilion) untuk lagi 6-7 tahun kerana mengabaikan pertumbuhan rangkaian tersebut.

Konflik di antara Block.one dan komuniti EOS bermula pada tiga tahun lalu.

2018

  • Dalam penawaran syiling permulaan (ICO), Block.one berjaya meraih pelaburan sebanyak $4 bilion.
  • Pemaju ini akhirnya melancarkan perisian untuk blockchain EOS pada Jun.
  • Sebagai pulangan, Block.one menerima sebanyak 100 juta EOS ($376 juta, RM1.58 bilion) untuk tempoh lebih 10 tahun.

Tahun berganti tahun, komuniti EOS kecewa dengan komitmen Block.one terhadap blockchain itu, terutama dari aspek menyediakan kes penggunaan berkaitannya.

Tidak cukup dengan itu, Block.one mahu membina bursa desentralisasi kripto, Bullish. Tetapi ia bukanlah bertujuan untuk diletakkan di EOS.

  • 2021
    • Ogos
      • Komuniti EOS dan penghasil block menghubungi EOS Network Foundation (ENF) untuk pelantikan ketuanya.
    • November
      • Ketua mereka, La Rose merupakan bekas penghasil blok EOS, EOS Nation membentangkan rangka kerja dan rancangannya untuk rangkaian itu.
      • one tiba-tiba mengumumkan penjualan 45 juta EOS kepada sebuah dana baru milik Brock Pierce, Helios untuk sebagai sokongan komuniti EOS.
      • 8 juta token diserahkan dan dikawal Block.one.
      • Lagi 37 juta masih belum dilepaskan ke blockchain
    • Awal Disember
      • ENF dan Block.one mula berunding dengan motif untuk kekalkan pemilikan harta intelek rangkaian EOS.
      • Mereka juga saling tawar-menawar pembayaran kepada Block.one, sama ada diteruskan atau sebaliknya.
      • Nasib malang untuk ENF kerana harta intelek EOS berada di dalam kunci kira-kira (balance sheet) Bullish.
      • Ini bermakna Block.one perlu membelinya daripada bursa.
      • Situasi menjadi sulit kerana Block.one enggan mendapatkan harta intelek tersebut daripada Bullish.
      • Tetapi, Block.one mengumumkan penyerahan 30 juta token EOS daripada jumlah keseluruhan yang akan diterimanya kepada ENF.
      • Dikhabarkan token tersebut akan diedarkan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara Block.one.
      • ENF bagaimanapun tidak berpuas hati kerana komuniti EOS tidak memiliki hak ke atas harta intelek.
      • Bermulalah sekatan pembayaran EOS kepada Block.one atas persetujuan ENF dan penghasil blok, termasuk token yang telah ditetapkan untuk Helios.

Tetapi masih belum ada kata putus sama ada rundingan akan diteruskan atau keputusan tersebut adalah muktamad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat