Komuniti Ziliqa (ZIL) Teruja Dengan Kemunculan Platform NFT 15 September Ini!

565

Ziliqa (ZIL) bakal menampung sebuah multi-platform, merangkumi beberapa fungsi termasuk perlombongan, penyimpanan, dan perdagangan non-fungible token (NFT).

Khabar terbaru ini diumumkan sendiri oleh Switcheo Network pada Jumaat minggu lalu.

Berdasarkan pengumuman itu, hub kewangan desentralisasi Ziliqa, Switcheo Labs melalui kerjasama bersama ZilSwap mahu mewujudkan ekosistem NFT yang dapat diakses dengan lebih inklusif.

Tidak cukup dengan itu, marketplace tersebut dibangunkan dengan ciri saling kendali bersama Ethereum (ETH) dengan kehadiran cross-chain yang dikuasakan oleh Switcheo Network.

Melalui cara itu, inisiatif NFT di Ethereum boleh migrasi ke Ziliqa.

Switcheo Network percaya kehadiran sektor NFT dalam ekosistem mereka turut akan memampankan lagi kedudukan ZilSwap sebagai platform utama di Ziliqa.

Dijangkakan marketplace NFT akan dilancarkan pada 15 September 2021, bersama koleksi terhad NFT daripada The Bear Market.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat