Konflik Amerika Syarikat – Iran Semakin Membimbangkan Pasaran!

1,034

Bursa saham pasaran hadapan jatuh menjunam pada hari Jumaat berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijangka berterusan selepas Iran mengumumkan ancamannya untuk bertindak balas atas serangan udara oleh A.S.

Pada hari ini, A.S telah melancarkan serangan udara di Baghdad sehingga mengakibatkan pembunuhan komander atasan Iran. Hal ini telah meningkatkan lagi ketegangan konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Bursa pasaran hadapan Dow Jones telah jatuh sebanyak 0.83% yang bersamaan 286 mata, manakala bursa pasaran hadapan S&P 500 jatuh hampir 1% dengan kejatuhan sebanyak 36 mata. Disisi lain pasaran hadapan Nasdaq jatuh melebihi 1% pada hari ini.

Pentagon telah mensahkan bahawa serangan oleh A.S telah mengakibatkan terkorbannya Qasem Solemaini, General Angkatan Revolusi Islam Iran dan mengatakan bahawa serangan tersebut bagi menghalang serangan Iran pada masa hadapan. Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah bersumpah akan membalas terhadap tindakan yang dilakukan oleh penjenayah.

Menurut pengurus pelaburan di UK, AJ Bell berpendapat bahawa berita ini bukanlah berita yang baik untuk pemain pasaran. Permulaan yang baik bagi pasaran saham pada 2020 akhirnya terhapus berikutan konflik yang berlaku.

Susulan daripada kejadian ini, para pelabur lebih memilih untuk melabur dalam emas, matang yen dan Swiss Franc.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat