Konflik China-Amerika Syarikat Kembali Menghantui Pasaran?

752

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China telah berlangsung sejak beberapa tahun. Rundingan demi rundingan telah dilakukan namun tidak membuahkan hasil yang ketara. Sejak pertabalan Joe Biden sebagai Presiden A.S , pasaran mengharapkan sinar baru.

Walaubagaimanapun, hubungan perdagangan dan politik antara dua negara itu kembali tegang pada awal bulan ini apabila China nampaknya tidak menyenangi laporan mengenai dua kumpulan kapal induk Amerika Syarikat yang melakukan latihan bersama di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengatakan bahawa mereka akan terus mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan.

Keadaan bertambah parah apabila pada minggu lepas Amerika Syarikat ambil keputusan mengekalkan tarif yang dikenakan ke atas barangan China oleh bekas pentadbiran Trump buat masa ini. Namun White House menegaskan akan mengkaji semua langkah keselamatan negara yang dilaksanakan oleh mantan Presiden Donald Trump, termasuk perjanjian perdagangan fasa 1 dengan Beijing. Turut dilaporkan bahawa Joe Biden telah melakukan perbincangan susulan dengan pihak China.

Rentetan langkah pembaikan yang dilakukan, Kementerian kewangan China pada hari Jumaat mengambil keputusan memperpanjangkan pengecualian tarif untuk 65 produk import dari Amerika Syarikat termasuk kayu balak dan bahagian pesawat.

Perkara ini akan berkuatkuasa pada 28 Februari, sehinggalah 16 September 2021.Produk tersebut mendapat pengecualian dari pembalasan tarif yang dikenakan oleh China terhadap barang A.S.

Dengan ini pasaran harpakan ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia semakin reda setelah perang perdagangan yang memberi kesan kepada ekonomi dan ramai pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat