Konflik Perang Rusia-Ukraine Kembali Hangat, Loji Penapisan Minyak Ryazan Terbakar

357

Minggu lepas, kebakaran telah berlaku di sebuah kilang penapisan minyak Ryazan yang merupakan loji ketiga terbesar di Rusia.

Menurut laporan media, kebakaran itu telah berjaya dikawal oleh pihak bomba dan tiada kecederaan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, pihak Rusia menuduh Ukraine menjadi dalang utama disebalik serangan dron yang mencetuskan kebakaran besar-besaran di barat Rusia itu. Ini adalah serangan terbaru dalam siri serangan rentas sempadan yang semakin meningkat di antara konflik Rusia-Ukraine yang sudah memasuki tahun ketiga.

Pihak berkuasa Rusia berkata bahawa serangan dron itu berjaya melepasi sistem pertahanan elektronik dan menjatuhkan bahan letupan mengenai kawasan penapisan minyak.

Selain itu, dron Ukraine itu juga turut menyasarkan bandar St, Petersburg semalaman. Laporan itu berdasarkan ucapan Menteri Industri Strategik Ukraine, Oleksandr Kamyshin di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland pada Jumaat.

Ukraine juga turut menyerang kilang serbuk belerang di Tambov iaitu kira-kira 600 kilometer di selatan Moscow.

Ia adalah serangan kedua ke atas bekalan minyak Rusia yang merupakan tindak balas bagi kerosakan infrastruktur tenaga di Ukraine.

Taktik ini semakin parah apabila kedua-dua negara ini kehilangan banyak nyawa akibat menggunakan laluan parit sama seperti yang berlaku pada Perang Dunia Pertama. Ratusan ribu tentera dipercayai terbunuh dan cedera dalam serangan itu.

Ukraine yang mempunyai bilangan tentera jauh lebih kecil berbanding Rusia telah mengalami kerugian besar dan kini bergelut untuk mencari sokongan bagi menentang tentera penceroboh tersebut.

Pihak Rusia bertindak akan meningkatkan pengeluaran peluru secara drastik pada tahun ini sebagai tindak balas kepada serangan Ukraine yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Pakatan NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat pula akan memperkuatkan latihan ketenteraannya dalam dekad ini untuk beberapa minggu hadapan.

Kira-kira 90,000 tentera telah mengambil bahagian dalam latihan berbulan-bulan yang menurut NATO bertujuan menunjukkan mereka itu boleh mempertahankan semua wilayahnya daripada dikuasai oleh Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat