Konflik Rusia-Ukraine Kembali Reda, Apa Reaksi Mata Wang?

615

Sentimen pasaran kembali meningkat berikutan kebimbangan terhadap ketegangan Rusia dan Ukraine mulai mereda selepas Menteri Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa beberapa pasukan tentera di sempadan akan kembali ke pangkalan mereka.

Pengumuman tersebut dibuat susulan pertemuan Presiden Vladimir Putin dan Canselor Jerman Olaf Scholz pada Selasa, di mana Putin turut berharap supaya terdapat peluang untuk rundingan lanjut dengan negara Barat mengenai tuntutan keselamatan Moscow.

Walaupun begitu, reaksi pasaran yang ditunjukkan tidak ketara, menyaksikan kebanyakan mata wang utama hanya mencatat peningkatan sederhana. Sementara dolar greenback yang mendapat sokongan sebagai safe-haven berikutan ketegangan tersebut, kembali mempamerkan penyusutan pada sesi New York.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masih terdapat keraguan mengenai keputusan Rusia. Ekoran itu, pelabur akan mengikuti lebih dekat perkembangan seterusnya dalam isu ini.

Dalam pada itu, pelabur telah diperlihatkan dengan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang mencatatkan lonjakan lebih tinggi dari dijangkakan sebanyak 1.0% pada Januari.

Sementara itu meneliti pergerakan mata wang Eropah, euro didagangkan stabil pada sekitar harga 1.1350 selepas meraih keuntungan susulan kebimbangan terhadap isu geopolitik Eropah Timur yang mula berkurangan.

Selain itu, dagangan pound pula berlegar di sekitar harga yang sama susulan data pekerjaan UK yang bercampur-campur pada Disember. Perhatian pelabur kini beralih kepada data inflasi yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat