Konflik US-China Kian Meningkat, China Umum Tindak Balas Terhadap Langkah ‘Quad’ A.S!

830

Kedua-dua pihak iaitu Amerika Syarikat dan China dilihat belum dapat menemukan titik temu sesama mereka. Sebelum ini, presiden A.S telah melakukan pertemuan dengan pemimpin keselamatan di Tokyo berhubung bom nuklear China dan Rusia yang merentasi laut Jepun. Ia adalah pertemuan  penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang akan mempengaruhi geopolitik dan keselamatan rantau Indo-Pasifik.

China dalam masa yang sama juga melakukan penentangan melalui dorongan diplomatik apabila Beijing telah mula mempromosikan Inisiatif Keselamatan Global (GSI). Inisiatif ini adalah melibatkan pengumpulan prinsip-prinsip dasar yang merangkumi ‘hegenomisme’ A.S. Beijing juga cuba mempengaruhi beberapa negara lain agar untuk turut serta dalam inisiatif tersebut Dalam ucapan video kepada menteri luar kumpulan Bricspada 19 Mei, presiden China telah bercakap mengenai kebaikan GSI.

Xi menggesa rakan-rakan anggota Brics Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan agar menguatkan kepercayaan politik bersama dan kerjasama keselamatan melalui melindungi kepentingan teras dan mengatasi kebimbangan utama masing-masing.

Bukan itu sahaja, beliau menyatakan GSI juga mendorong penghormatan kedaulatan masing-masing, kepentingan keselamatan dan pembangunan, menentang hegemonisme dan politik kuasa, menolak mentaliti perang dingin, konfrontasi blok, bekerjasama untuk membina komuniti global dan keselamatan untuk semua”.

Pada hari-hari berikutnya, Wang Yi, menteri luar China, mengeluarkan pengisytiharan terdapat sokongan terhadap inisiatif GSI dari Uruguay, Nicaragua, Cuba dan Pakistan. Inisiatif itu dilihat oleh segelintir penganalisis bahawa sebahagian daripada usaha Beijing untuk menentang blok yang diketuai A.S dimana A.S dipersalahkan atas konflik dan ketegangan global.

Inisiatif Keselamatan Global (GSI) ini direka untuk melindungi kepentingan keselamatan spektrum lebih luas di seluruh dunia. Tumpuan Beijing pada keselamatan menandakan perlepasan daripada pendekatan tradisionalnya terhadap hubungan antarabangsa.

Diplomat China telah mempromosikan GSI di negara membangun termasuk India, Filipina, Uganda, Somalia dan Kenya melalui artikel di media tempatan dan di laman web kedutaannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat