Emas merosot pada hari Rabu di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang meningkatkan permintaan mata wang dolar AS selepas komen hawkish oleh pegawai Fed minggu ini.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2.339.07 iaitu naik sedikit sebanyak 0.04% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.
Pasaran saham Wall Street didagangkan kemerah-merahan semalaman dan hasil AS bergerak naik antara empat hingga enam mata asas.
Selain itu, doket ekonomi yang terhad pada hari Rabu membuatkan peserta pasaran mencerna komen hawkish oleh pegawai Fed Neel Kashkari pada hari Selasa.
Dalam kenyataannya sebelum ini, pegawai Fed tidak akan mengabaikan potensi kenaikan dan pemotongan kadar faedah. Ia akan berlaku menjelang akhir 2024.
Dari segi data, Lembaga Persidangan AS (CB) mendedahkan bahawa keyakinan pengguna Amerika Syarikat pada bulan Mei bertambah baik dan sentimen mula menunjukkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kemelesetan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.
Minggu ini, para pelabur perlu bersiap sedia untuk data keluaran Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) pada April. Laporan ini menjadi ukuran inflasi seterusnya buat Fed di mana angka terasnya dijangka berada pada 2.8% dengan bacaan bulanan meningkat 0.3%.
Dilihat dari sudut teknikal, harga emas masih dilihat condong ke atas walaupun berundur semula ke paras $2,320 baru-baru ini. Pasaran logam tradisional itu mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan momentum.
Buat masa ini, pasaran meletakkan paras sokongan pertama XAU/USD pada posisi $2,321. Seterusnya pada paras terendah 8 Mei pada $2,303 diikuti dengan paras terendah 3 Mei pada $2,277.
Jika berlaku lantunan positif, pasaran menuntut paras psikologi semula pada $2,350. Sasaran seterusnya adalah pada $2,400 diikuti dengan paras tertinggi sepanjang masa pada $2,450 dan ramalan lebih jauh adalah pada $2,500.