Kontrak Harian Naik 3000%, Adakah SHIB Bakal Menyalak Ke Bulan?

896

“Hmm agak-agak Shiba Inu dapat tewaskan Dogecoin tak pada masa hadapan?”

Shiba Inu (SHIB), memecoin kedua terbesar selepas Dogecoin (DOGE) yang sejak kebelakangan ini semakin diberi perhatian telah menyebabkan harganya semalam menggunung untuk capai $0.0000087 daripada $0.0000066 pada 19 Oktober 2023.

Kenaikan harga SHIB secara berterusan itu telah didorong oleh kemajuannya yang tertumpu pada Shibarium blockchain layer-2.

Susulan penyelesaian penskalaan layer-2 secara rasmi telah disiarkan secara langsung pada penghujung Ogos 2023, jumlah blok berjaya melonjak melebihi 1.5 juta manakala address wallet pula mencanak pada 1.3 juta.

Menurut Shibariumscan, kontrak baharu harian di rangkaian telah mendaki lebih 3,000% di mana terdapat 34 kontrak sedemikian pada 6 November 2023 kemudian angka itu meningkat 1,058 pada hari berikutnya dan ini mungkin dapat mendorong harga SHIB melonjak.

Selain kemajuan lanjut rangkaian itu, ramai pakar dan pegawai SHIB turut berpandangan penerimaan besar-besaran, kejelasan peraturan, inovasi teknologi dan pelaksanaan pembakaran dapat mendorong memecoin tersebut naik lebih tinggi daripada harga semasanya.

Kadar pembakaran dalam projek memecoin menyaksikan kenaikan 20,000 pada 7 November 2023 apabila lebih daripada 73 juta token telah dikeluarkan daripada edaran.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, SHIB yang kini masih berada dalam momentum bullish harus melepasi zon rintangan $0.0000091 untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi tetapi jika gagal maka memecoin itu mampu turun semula pada zon sokongan $0.0000079 diikuti $0.0000074.

Pada masa ini, harga SHIB didagangkan pada paras $0.0000082 dengan modal pasaran $4 bilion kemudian merekodkan lonjakan kira-kira 5.61% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat