Korea Selatan Lepaskan Tembakan, Tanda Amaran Untuk Korea Utara!

273

Lima dron Korea Utara melintasi sempadan ke Korea Selatan pada hari Isnin buat pertama kali dalam tempoh lima tahun dalam satu langkah yang akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Memetik kepada laporan CNN, sebuah dron dilaporkan bergerak sejauh bahagian utara Seoul, kira-kira sejam pemanduan dari sempadan, manakala empat lagi terbang mengelilingi Pulau Ganghwa.

Ekoran itu, tentera Korea Selatan bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah dron tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ia berjaya ditembak jatuh.

Pegawai pertahanan Korea Selatan, Lee Seung Oh menyifatkan tindakan itu sebagai provikasi yang jelas dan ini adalah pencerobohan ruang udara oleh Korea Utara.

Kali terakhir dron Korea Utara memasuki ruang udara Korea Selatan adalah lima tahun lalu, menurut tentera negara itu.

Pada 2017, Korea Selatan mendakwa penemuan sebuah dron Korea Utara yang terhempas ketika membuat intipan terhadap sistem peluru berpandu buatan Amerika Syarikat yang digunakannya.

Terdahulu, pada hari Jumaat, Korea Selatan berkata Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat