Korea Selatan Miliki Persekitaran Terbaik Untuk Metaverse! – Meta

496

Wakil Meta (dulunya dikenali sebagai Facebook) dari Korea Selatan yakin negara itu memiliki persekitaran yang terbaik untuk perkembangan perniagaan metaverse.

Menurut pengarah Meta Korea Selatan, Jung Ki Hyun, negara itu memiliki penyesuaian yang tinggi untuk perniagaan metaverse dan peranti realiti maya (virtual reality, VR) seperti Oculus Quest, persekitaran original equipment manufacturer (OEM), dan potensinya sebagai domain untuk pencipta kandungan dan pembangun.

Sebagai rekod daripada Kementerian Sains Korea, pertumbuhan tahunan untuk pasaran VR di negara itu mencatatkan lonjakan lebih 36% pada 2018.

Susulan daripada itu, mereka menjangkakan nilainya meningkat lebih $2.5 bilion menjelang 2024.

Bagaimanapun Jung menekankan aspek utama yang perlu menjadi tumpuan – membangunkan ekosistem yang sesuai untuk pengguna dan pencipta sebelum terapkan konsep tersebut.

Misalnya, non-fungible token (NFT).

Untuk pengetahuan, Meta bergiat usaha untuk membangunkan ekosistem metaverse dan menawarkan peluang untuk pencipta melalui pelaburan bernilai berbilion dolar.

Pencipta barangan maya akan diterima secara meluas melalui teknologi NFT dengan objektif untuk menjadikan ia sepenuhnya saling kendali di kebanyakan platform.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat