Korea Selatan Sahkan Pengharaman Kripto – Berkuatkuasa Mac Ini!

3,665

Pengawal selia kewangan Korea Selatan, FIU mengesahkan bahawa matawang kripto privasi akan diharamkan di negara Korea.Pengawal selia kewangan itu berpendapat matawang kripto privasi memiliki risiko yang tinggi dan sering digunakan dalam pengubahan wang haram.

FIU merupakan badan yang menangani masalah pengawalseliaan undang-undang anti pengubahan wang haram (AML) di Korea Selatan.FIU mengesahkan bahawa pertukaran kripto domestik akan mengeluarkan kripto (delist) dari senarai pertukaran. Pengharaman kripto privasi akan berkuatkuasa mulai 2021 Mac.

Badan kewangan itu akan melarang kripto seperti Monero (XMR) dan Zcash (ZEC). Monero ialah matawang yang fokus kepada privacy, dilancarkan pada bulan April 2014. Monero menjalankan algoritma POWnya sendiri yang disebut Cryptonight. Monero dapat merahasiakan segala transaksi dan tidak dapat dilihat oleh blockchain.

Sebelum ini, OKEx Korea Selatan menghapus cryptocurrency peribadi seperti Zcash (ZEC), Monero (XMR), DASH (DASH), Horizen (ZEN), dan Super Bitcoin (SBTC) pada bulan September 2019.Walau bagaimanapun, syarikat pertukaran crypto masih menangguhkan penghapusan kripto Zcash dan Dash.

Badan pengawal selia kewangan itu juga mewaijbkan syarikat pertukaran untuk melaporkan sebarang transaksi yang luar jangkaan dalam masa tiga hari bekerja.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat