Korea Utara Bersedia Untuk Membicarakan Program Pemberhentian Nuklear

411

Korea Utara telah menyampaikan pesanan kepada U.S buat pertama kali bahawa Korea Utara telah bersedia untuk membincangkan isu untuk menghentikan program senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Perkara itu akan dibincangkan apabila pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ingin mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump dan hal itu disahkan sendiri oleh jabatan U.S.

Sebelum ini, pertemuan antara Korea Utara- Amerika Syarikat telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan AS dan Korea Utara yang saling berhubung secara sulit sebelum Pyongyang menyatakan persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Washington.

Menurut laporan Reuters, “Komunikasi yang terjalin pada tahap awal ini melibatkan Jabatan Kementerian Luar Negeri yang berbicara dengan Korea Utara melalui PBB dan Intelligence Jabatan kedua negara dengan menggunakan saluran cadangan,”

Sementara itu, dua Korea iaitu Korea Selatan dan Korea Utara telah mengadakan pertemuan untuk mempersiapkan persidangan antara Kim Jong Un dan presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada 27 April 2018.

Perhubungan Korea Selatan dan Utara semakin baik didorong oleh Sukan Olimpik pada Februari lalu.

Walaubagaimanapun pada ketika ini, Korea Utara sendiri masih belum mengutarakan sesuatu mengenai rencana pertemuan Kim Jong-un dengan Donald Trump. Informasi mengenai tarikh dan lokasi pertemuan kedua pemimpin tersebut juga belum diungkap sehingga ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat